...pakej umrah termurah dari Al-Fajr Travel

 

 

 

  • .................................................

 

 

 

UPAH HAJI / BADAL HAJI 2017 (1438H)

 

 

Upah Haji atau Badal Haji adalah haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat-syarat tertentu. Khidmat Badal Haji ini merupakan khidmat tambahan yang diberikan oleh pihak kami kepada tuan-tuan semua.

 

Untuk makluman tuan-tuan semua, pendaftaran untuk Upah Haji / Badal Haji bagi tahun 2017 ini (1438H) mula dibuka pada 01 RAMADHAN (27 MEI) ini, tarikh tutup untuk pendaftaran badal haji / upah haji tahun ini ialah pada JUMAAT 18 OGOS 2017, bersamaan dengan 25 Zulkaedah 1438H iaitu 2 minggu sebelum Hari Raya Haji. Kami akan tutup awal dari tarikh ini jika kuota kami sudah penuh.

 

Pendaftaran untuk Upah Haji / Badal Haji tahun 2017 ini adalah terhad kepada 50 orang sahaja. Pendaftaran adalah secara terbuka dengan konsep "Yang Dahulu di Dahulukan". Bayaran Badal Haji / Upah Haji tahun 2017 ini ialah sebanyak

RM1600 seorang, iaitu sama seperti tahun lepas (2016)

 

 

Pakej Upah Haji / Badal Haji dari kami ini merangkumi :

 

a. 1 Haji

b. 1 Umrah

c. 1 Tahlil

 

Untuk mereka yang dibuatkan haji untuknya & setelah sempurna ibadat Badal Haji ini, sijil pengesahan perlaksanaan Badal Haji / Upah Haji ini akan dikeluarkan atas nama simati (atau mereka yang uzur). Selain dari sijil ini, kami juga akan memberikan sehelai sejadah dan sebotol Air Zamzam (500ml) kepada ahli waris yang mengupahnya, sebagai barangan cenderahati. Sijil Badal Haji, Sejadah & Air Zamzam ini akan dihantar kepada tuan-tuan dalam masa 3-4 minggu selepas selesainya musim haji. Untuk mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur & Selangor, kami akan poskan barangan ini kepada tuan-tuan semua menggunakan khidmat Poslaju..

 

Perkhidmatan Upah Haji / Badal Haji ini ditawarkan kepada waris-waris yang ahli keluarganya telah meninggal dunia tapi belum sempat menunaikan haji lagi semasa hayat mereka, juga kepada orang yang uzur atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh lagi. Badal Haji ini akan dilaksanakan oleh pelajar-pelajar Malaysia, pelajar-pelajar Indonesia & pelajar-pelajar dari Pattani (Thailand) yang sedang menuntut di Makkah & Madinah.

 

Untuk mereka yang ingin membuat Badal Haji / Upah Haji untuk tahun 2017 ini, bolehlah menghubungi saya Hj Rossle Ali 012-3276401 untuk pendaftaran atau pertanyaan.

 

Semoga Allah SWT mengurniakan haji yang mabrur kepada orang yang dihajikan ini, juga pahala yang besar kepada orang yang mengupahnya, Amin.