Pakej umrah termurah dari AlFajr Travel

 

 

  • .................................................

 

 

 

 

PENGENALAN


Pakej Umrah Super Saver adalah pakej umrah termurah yang diperkenalkan oleh pihak kami bertujuan untuk membolehkan lebih ramai lagi jemaah pergi ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Pakej Umrah Super Saver ini mula diperkenalkan oleh pihak kami pada tahun 2011. Sambutan yang diterima adalah sangat memuaskan. Tahun 2017 ini adalah tahun ke-7 pakej Umrah Super Saver ini diperkenalkan.

 

Biasanya harga untuk setiap pakej umrah ditentukan oleh 3 faktor utama iaitu kos tambang kapalterbang, kos penginapan di Makkah & Madinah & bayaran untuk syarikat muasasah Arab Saudi (pengangkutan, makan minum, dll). Biasanya kos kapalterbang merangkumi 60-70% dari keseluruhan kos, kos sewa hotel & katering 25% dan kos sewa bas 10%.

 

Bermula pada Dec 2014,, kami menyediakan 3 pakej penginapan yg berbeza untuk tuan-tuan semasa berada di Makkah, iaitu pakej Super-Saver (Pakej Marwah), yg mana jarak hotelnya 600m dari Masjidil Haram, pakej Ekonomi (Pakej Safar), yg mana jarak hotelnya sekitar 450m dari Masjidil Haram & pakej Selesa (Pakej Raudhah), yg jarak hotelnya sekitar 250m dari Masjidil Haram. Harga sebenar pakej umrah tuan ini adalah bergantung kepada pakej hotel yang tuan pilih ini. Di Madinah pula, hotel penginapannya ialah sekitar 150m dari Masjid Nabawi (Hotel Wardah Mubarak@Golden Mubarak).

 

 

Harga umrah ini akan berubah mengikut masa, tarikh, waktu puncak, musim cuti sekolah dan bulan Ramadhan.


Semua pakej umrah yg tuan pilih ini meliputi tiket pergi balik kelas ekonomi, cukai lapangan terbang, penginapan di Makkah & Madinah, makan & minum 3x sehari, ziarah di Madinah & Makkah, khidmat Mutawif, pengangkutan bas dari JED/ MED / MAK / JED, visa umrah & caj Muasasah, kursus bimbingan umrah & cenderamata (beg kembara, beg sandang, uncang kasut, buku panduan umrah & air zamzam 5 liter seorang).

 

 


KESIMPULAN


Mengerjakan Umrah dengan pakej Umrah Super Saver ini dapat memberikan penjimatan yang agak besar kepada tuan berbanding dengan Pakej Umrah Biasa oleh syarikat lain, dengan ini membolehkan tuan membawa lebih ramai lagi ahli keluarga tuan yang lain untuk pergi menunaikan umrah.