Pakej umrah termurah dari AlFajr Travel

 

 

  • .................................................

 

 

 

 

PENYEDIAAN PASPORT, GAMBAR & SUNTIKAN "MENINGITIS ACYW 135" BAGI PEMOHONAN VISA UMRAH

 

 

BAGI PEMOHONAN VISA UMRAH, BERIKUT ADALAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :-

 

 

1. Untuk Jemaah Lelaki Dewasa (18th dan keatas ), dokumen-dokumen yg diperlukan untuk proses visa umrah ialah :-

 

a. Pasport Antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan pada tarikh berlepas berserta minimum 6 mukasurat kosong.

 

b. 2 keping gambar berukuran VISA UMRAH (6cm x 4cm), berlatar belakang warna putih ( Lelaki - Tidak Bersongkok / Kopiah).

 

c. Kad Suntikan (atau Surat Akuan) "Meningitis ACYW 135" dari doktor swasta atau hospital kerajaan.

 

 

e. Untuk Anak Perempuan yg ikut serta perlu Salinan Surat Beranak mereka yg disahkan oleh JPN.

 

f. Untuk Anak Lelaki dibawah umur 18 tahun yang ikut serta perlu Salinan Surat Beranak mereka yg disahkan oleh JPN.

 

 

2. Untuk Jemaah Wanita Dewasa (45th dan keatas ), dokumen-dokumen yg diperlukan untuk proses visa umrah ialah :-

 

a. Pasport Antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan pada tarikh berlepas berserta minimum 6 mukasurat kosong.

 

b. 2 keping gambar berukuran VISA UMRAH (6cm x 4cm), berlatar belakang warna putih ( Perempuan - Bertudung Hitam / Gelap )).

 

c. Kad Suntikan (atau Surat Akuan) "Meningitis ACYW 135" dari doktor swasta atau hospital kerajaan.

 

 

Nota : Untuk Jemaah Wanita 45th dan keatas, tak perlu ada mahram untuk pergi umrah

 

 

3. Untuk Jemaah Wanita berumur bawah 45th, perlu ada mahram ikut bersama ( mahramnya ialah seperti suami, bapa, abang, adik lelaki, anak lelaki (yg sudah capai 18th) dll. )

 

Jika Mahramnya Ayah :

 

- Dokumen yg perlu utk dirinya : Pasport, Salinan Surat Beranak yg disahkan JPN, Kad Suntikan Meningitis & Gambar 2 keping

 

- Dokumen yg perlu dari Ayahnya : Pasport, Kad Suntikan Meningitis & Gambar 2 keping

 

Jika Mahramnya Suami,

 

- Dokumen yg perlu utk dirinya : Pasport, Salinan Surat Nikah yg disahkan Pej Agama, Kad Suntikan Meningitis, & Gambar 2 keping

 

- Dokumen yg perlu dari suaminya : Pasport, Kad Suntikan Meningitis, & Gambar 2 keping

 

Jika Mahramnya Abang / Adik Lelaki,

 

- Dokumen yg perlu utk dirinya : Pasport, Salinan Surat Beranak yg disahkan JPN, Kad Suntikan Meningitis, & Gambar 2 keping

 

- Dokumen yg perlu dari Abang/Adiknya : Pasport, Salinan Surat Beranak yg disahkan JPN, Kad Suntikan Meningitis, & Gambar 2 keping

 

Jika Mahramnya Anak Lelaki (18th keatas),

 

- Dokumen yg perlu utk dirinya : Pasport, Kad Suntikan Meningitis, & Gambar 2 keping

 

- Dokumen yg perlu dari Anaknya : Pasport, Salinan Surat Beranak, Kad Suntikan Meningitis, & Gambar 2 keping

 

4. Untuk Jemaah Lelaki bawah 18th yang ingin pergi umrah, perlu ditemani oleh mahramnya, seperti Ayah, Datuk, Abang dll.

 

 

NOTA PENTING :

 

Semua dokumen-dokumen ini hendaklah dihantar ke pejabat ALFAJR TRAVEL & TOURS selewat-lewatnya SATU (1) BULAN DARI tarikh berlepas. Kelewatan menghantar semua dokumen ini boleh menyebabkan kelewatan VISA dikeluarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.