...pakej umrah termurah dari AlFajr Travel

 

 

 

  • .................................................

 

 

 

KURSUS MUTAWWIF / AKADEMI MUTAWIF (AM)

 

 

Bagi melahirkan lebih ramai lagi mutawwif & mutawwifah yg berkualiti & berwibawa, kami akan mengadakan Kursus Asas Mutawwif (atau Akademi Mutawwif) SIRI ke-20 pada 16-17 SEPT 2017 (Sabtu & Ahad), bertempat di Kem Bumi Jati, Jalan Kampong Lombong, Klang, Selangor.

 

Kursus Mutawwif & Mutawwifah ini terbuka kepada semua anak-anak muda yg berminat untuk menjadi mutawwif (atau mutawwifah) dengan syarikat kami atau syarikat umrah yg lain. Selain dari anak-anak muda, kursus mutawwif ini juga terbuka kepada warga emas & orang pencen yg berminat. Kursus mutawwif ini adalah selama 2Hari 1Malam (2H1M), diadakan pada 16-17 Sept 2017 (Sabtu & Ahad). Yuran penyertaan ialah RM250/org.

 

Sijil kursus mutawwif ini akan diberikan kepada semua peserta setelah tamat kursus. Untuk mutawwif@mutawwifah yg cemerlang, mereka akan dipilih untuk menyertai syarikat kami sebagai mutawwif pelatih & berpeluang untuk pergi mengerjakan umrah secara percuma bersama kami.

 

Untuk mereka yg berminat untuk menyertai kursus mutawwif@mutawwifah kami ini, tuan-puan bolehlah menghubungi saya Hj Rossle di 012-327 6401. Tarikh tutup pendaftaran kursus mutawwif ini ialah pada Ahad 10 SEPT 2017.

 

KURSUS MUTAWWIF SIRI KE-20

TARIKH : 16-17 SEPT 2017 (SABTU & AHAD)

TEMPAT : KEM BUMI JATI, JALAN KAMPONG LOMBONG, KLANG, SELANGOR.

YURAN : RM250/ORG

ADA SIJIL : YA

 

* TEMPAT PENGINAPAN & MAKAN-MINUM DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS INI

 

 

SEKIAN, TERIMA KASIH.